(Website) Kemaskini Akaun BSN Secara Online & KDB

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2020, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran peserta yang ingin Kemaskini Akaun BSN Secara Online di Pusat Internet Semop. Oleh itu, kelas ini telah disertai oleh seorang peserta yang berumur 32 tahun. Kelas bermula dari jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

Cara-cara membuat pendaftaran secara online iaitu sila masuk website http://www.mybsn.com.my untuk proses pendaftaran. Selepas itu, tekan pada link, first time registration. Masukkan No kad ATM (tengok pada kad anda, ada 16 digit no akaun) dan masukkan MyBSN I-PIN yang anda buat tadi. Kemudian masukkan nombor kad pengenalan. Masukkan username, password dan pilih gambar. Selepas proses pendaftaran selesai dan anda sudah boleh menggunakan perbankan internet melalui MyBSN. Terima kasih dan syabas kepada peserta yang telah mengisi borang secara online.
Semoga beroleh kejayaan dalam apa yang anda inginkan. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali